Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam".
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, Sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "
Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah? " Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s. Maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
Oleh itu, marilah Kita "jaga" lidah Kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik dan benar, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.
Bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Enam jenis golongan manusia yang Aku kutuk dan Allah s.w.t, juga turut mengutuk dan pada hari kiamat. Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasihan terhadap mereka itu ialah:-
1. Orang yg menambah maksud tafsiran Al Quran. (Takwil yg menyimpang)
2. Orang yang mendustakan kepada takdir Allah s.w.t.
3. Orang yang berkuasa tetapi takbur, dia memuliakan orang yang dihina dan sebaliknya menghina orang yang memuliakan Allah.
4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah di Tanah Haram.
5. Orang-orang dari ummatku yang menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
6. Orang-orang dari ummatku yang meninggalkan sunnahku.
No comments:
Post a Comment